Moh guna produk halal muslim. Awak mesti suka. Boleh buat side income pulak tu!

DuniaHerbaHPA


Wednesday, October 22, 2014

Cabaran Gambar 31 hari : October 2014 - Atas Meja

Assalamualaikum, harini aku tepek gambar nie. Untuk pengetahuan korang, gambar ni di snapkan pada hari aku xdo idea nak makan apa. Sebabnya member yg selalu buat penghantaran makanan bercuti separuh hari.
Dek kerana aku dah lama x makan megi sup mamak, makanya aku pun oderlah. Setibanya atas meja ni, dgn x berlengah-lengah aku pun terus snap gambar ni. Tahukah anda apa yang berlaku??? Cewahhh berbahasa journalist pula dah... Jeng jeng jeng hp aku x semena mena telah terjun menjunam ke dalam mangkuk megi yang panas berasap lagi. Hok aloh dengan paniknya segera aku mengangkat keluar hp aku dari terus lemas. Akibatnya, pada mulanya memang x perlu risaulahkan sebab tengok masih bernyawa lagi. Rupa2nya makin lama makin malap dan terus gelap. Ah udah, panik bercampur harapan tapi masih boleh buat "cool"  Rileks3 dulu tunggu sampai malam sesambil caj bateri hp itu. Akhirnya Alhamdulillah syukran dah kembali sihat...

1 comments:

ieta mat sa'ad said...

Sabar je la... Nk mkn sempat lg snap sampai terjunam tu... hehe... Omak2...